






Warga UUM dengar pesawat TUDM meletupKUBANG PASU 25 Mac - Para pengunjung dan peserta yang menghadiri majlis perasmian Karnival Konvokesyen Ke-23, Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok di sini gempar apabila pesawat Pilatus PC7 MKII milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terhempas di kawasan hutan simpan universiti itu hari ini.Mereka tidak menyangka pesawat berkenaan yang sedang terbang di kawasan karnival di Stadium Pusat Sukan UUM itu tiba-tiba terjunam di kawasan hutan tersebut.Dalam atur cara perasmian Karnival Konvokesyen Ke-23 UUM yang diedarkan universiti itu kepada pihak media, antara pengisian program yang dijadualkan pada sebelah pagi ini ialah pertunjukan udara oleh pesawat TUDM.Jarak antara tapak karnival dengan lokasi pesawat itu ditemui terhempas ialah kira-kira sejauh 200 meter.Kejadian kira-kira pukul 10.15 pagi itu membuatkan orang ramai termasuk pelajar dan penduduk sekitar berpusu-pusu ke lokasi kejadian untuk melihat dengan lebih dekat nahas yang berlaku.Beberapa saksi yang ditemui turut mendakwa mereka mendengar letupan sejurus selepas pesawat tersebut terhempas.Seorang pelajar universiti itu, Siti Fatimah Kamal, 22, yang berada di tapak karnival semasa kejadian berkata, dia pada mulanya menyangka pesawat itu sedang terbang dalam satu formasi.Bagaimanapun, katanya, sejurus selepas itu pesawat berkenaan tiba-tiba dilihat seperti terjunam dengan kepala pesawat menghala ke bawah."Pada mulanya, saya sangkakan ia antara formasi yang dilakukan oleh juruterbang pesawat tersebut. Namun selepas 30 saat tidak kelihatan ia naik semula dan kemudian nampak asap hitam di udara," katanya.Menurut pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains Kaunseling itu, dia dan rakan-rakannya kemudian bergegas ke lokasi berhampiran pesawat itu terhempas dan melihat orang ramai telah membanjiri sekitar kawasan berkenaan."Rakan saya yang tinggal di kolej kediaman pelajar MISC berhampiran tempat kejadian memberitahu dia mendengar dua letupan. Ketika sampai di situ, saya pula mendengar tiga letupan susulan kecil,'' katanya.Dalam kejadian berkenaan, seorang juruterbang TUDM, Mejar Muhammed Zulrihan Jusof terbunuh selepas pesawat Pilatus PC7 MKII yang dipandunya secara solo, terhempas di kawasan hutan simpan universiti tersebut.Menurut kenyataan media dari Bahagian Perhubungan Awam TUDM, pesawat yang diterbangkan oleh Allahyarham itu berlepas dari Kolej Tentera Udara Alor Setar pada pukul 10.03 pagi ini bagi tujuan latihan penerbangan.Seorang lagi saksi, Mohd. Amin Ahmad, 21, memberitahu, dia yang berada di tapak karnival kerana terlibat dalam majlis perasmian terus ke lokasi kejadian apabila menyedari pesawat itu terhempas.Mohd. Amin yang sedang mengikuti kursus Ijazah Sarjana Muda Perbankan Islam di UUM, dia melihat api sedang marak membakar pesawat tersebut tetapi tidak berani menghampirinya kerana khuatir kejadian buruk akan berlaku.Sementara itu, Naib Canselor UUM, Tan Sri Dr. Nordin Kardi dalam kenyataan akhbar yang ringkas kepada media mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Muhammed Zulrihan.Menurut beliau, dalam tragedi itu, tiada kemalangan jiwa melibatkan pelajar dan kakitangan universiti tersebut.'Adik beradik pelik pertama kali Zulrihan ajak main PS2'KOTA BHARU: Perubahan sikap juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Muhammed Zulrihan Jusof, 40, (kanan) yang pertama kali mengajak adik beradiknya bermain permainan komputer (PS2) ketika pulang ke kampung baru-baru ini, terpahat sebagai kenangan terakhir ahli keluarganya. Muhammad Zulrihan yang juga anak sulung kepada sembilan beradik itu cukup terkenal dengan sikap tegasnya dan tidak pernah bermain PS2 sebelum ini, dikatakan tiba-tiba mengajak adik beradiknya bermain bersama buat pertama kali ketika bertemu pada perkahwinan adik keenamnya, Muhammed Zuhairi, 28. Adik bongsunya, Muhammed Zulerwan, 18, berkata kenangan bermain PS2 bersama abang sulungnya akan dikenang memandangkan beliau antara adik paling rapat dengan arwah abangnya itu. "Memang pelik sebab dia tidak pernah main PS2 selama ini, tiba-tiba hari itu, dia pula mengajak kami bermain bersama-samanya. Ketika itu, kami tidak menyangka apa-apalah, cuma sekadar berhibur bersama keluarga," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam. Muhammed Zulrihan terbunuh apabila pesawat Pilatus PC-7 Mark II yang dipandunya terhempas dalam hutan berhampiran Kompleks Sukan Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok, Kedah, dalam kejadian kira-kira 10.15 pagi semalam. Allahyarham meninggalkan seorang balu, Wizana Abdul Ghani, 38, dan tiga orang anak iaitu Nor Atirah, 11, Mohd Amirul, 7, dan Nor Hidayah, sembilan bulan. Ayah Allahyarham, Jusoh Yassin, 62, berkata, beliau tidak menyangka panggilan daripada anak keduanya, Muhammed Zuraidi, 38, yang bekerja di Johor Bahru, Johor, membawa khabar sedih kepada keluarganya. "Ketika dimaklumkan mengenai kemalangan itu, saya kelu dengan kesedihan yang sukar untuk digambarkan. "Kali terakhir dia pulang ke kampung pada 19 Mac sebelum kembali ke Kedah pada Ahad lalu selepas membantu menguruskan perkahwinan adiknya. Ketika itu dia cuma banyak tersenyum dan tidak banyak bercakap
No comments:
Post a Comment