Powered By Blogger

ATAIHAMED luv MC. RIENA

ATAIHAMED LUV ALLAH
ALLAHUAKBAR

Friday, May 28, 2010

Alkisah

Mejar Muhammed Zulrihan Jusof - Plane Crash
Lebih banyak masa bersama keluarga pada hari-hari akhirJusof Yasin bersama isterinya, Limah Hassan dan anaknya, Zulhairi sedih melihat gambar Allahyarham Mejar Muhammed Zulrihan di rumahnya di Kampung Pasir Kasar Sering, Kota Bharu. semalam.KOTA BHARU 25 Mac - Jumaat lalu, Jusof Yasin, 62, mengadakan majlis kenduri menyambut menantu dengan penuh kegembiraan bersama sanak saudara."Tetapi esok, saya kena buat sekali lagi kenduri tetapi kenduri arwah pula," ujar Jusof, seorang pesara tentera dalam keadaan sugul.Anak sulungnya, juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Muhammed Zulrihan Jusof, 39, maut selepas pesawat Pilatus PC-7 milik TUDM yang dalam sesi latihan pertunjukan terhempas pada pukul 10.15 pagi ini di hutan simpan Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah.Dia menerima khabar mengejutkan itu melalui anak keduanya, Zulraidi, 38, yang bekerja di Johor Bharu yang menghubunginya pada pukul 11.30 pagi."Zulraidi bagi tahu abangnya jatuh kapal terbang tetapi belum tahu sama ada selamat atau tidak. Kira-kira pukul 1 petang, salah seorang pegawai TUDM mengesahkan anak saya telah meninggal dunia," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pasir Kasar, Sering dekat sini petang ini.Menurut Jusof, kali terakhir mereka sekeluarga bertemunya selepas Allahyarham pulang ke sini untuk menghadiri majlis perkahwinan adiknya pada Jumaat lalu.Dalam nahas itu, pesawat tersebut yang berlepas dari Kolej Tentera Udara Alor Setar pada pukul 10.03 pagi untuk membuat latihan pertunjukan udara sempena perasmian Karnival Konvokesyen Ke-23 Sidang Pertama UUM yang bakal berlangsung pada 27 hingga 29 Mac ini.Allahyarham Zulrihan yang sebelum ini menetap di Taman Tabung Haji, Jitra, Kedah meninggalkan seorang balu, Wizana Abdul Ghani, 38, serta tiga anak berusia 11 dan 9 tahun serta seorang bayi berusia sembilan bulan.Tambahnya, anak sulung daripada sembilan beradik itu merupakan seorang yang serius, bagaimanapun dia begitu mesra dan baik dengan ahli keluarga yang lain ketika pulang, baru-baru ini.Jelasnya, Allahyarham menunjukkan minat untuk menjadi seorang juruterbang sejak kecil lagi dan telah menyertai TUDM sejak 1991 sebelum bertugas sebagai jurulatih penerbangan."Saya perasan sepanjang dia bercuti tempoh hari, dia tidak pulang tidur di rumah keluarga mertuanya di Mulong, sebaliknya banyak menghabiskan masa bersama adik-adiknya di sini."Biasanya dia tidur di rumah keluarga isterinya, tetapi baru-baru ini dia hanya menghantar anak-anak dan isterinya sahaja pulang sebelum balik tidur di rumah ini," ujarnya.Jenazah Zulrihan dijangka disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Petani, Sering, di sini lewat tengah malam ini dengan istiadat ketenteraan.

No comments:

Post a Comment